Friday, January 4, 2013

Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah

Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja,kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benarbenar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS!(bukannya besi!). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi..
“Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”
Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “cost averaging”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas. Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800.  Anda pun membelinya satu lagi. Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula  melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikan pelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan. Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli  kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga”  benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikit dahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar..
“Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk membeli emas lagi?”
Ada 2 pilihan disini!..
Pertama, anda boleh pajak emas yang anda sedia ada itu, kemudian, wang hasil pajakan itu anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15% dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.
Pilihan Kedua, rileks saja jangan takut emas akan naik kerana pningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1 hingga 2  bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.

No comments:

Post a Comment