Tuesday, January 29, 2013

BERBALOI KE DUIT KITA BELI EMAS


Berbaloi ke belanjakan duit kita beli emas. Definitely lah berbaloi sgt kan. Memang la sekarang harga emas mahal..dan ramai yang akan kata:

1)Mahalnye harga sekarang, tak larat nak beli
2)Takde duit nak beli lebih baik simpan
3) Beli pun pompuan je yang pakainye..buat ape..
4) Emas yg ada pun dah byk, tak larat nak pakai

Okey sila betulkan mindset anda pada sesapa yg ade kata2 dlm 4 senarai kat atas tu. Silap sama sekali kalau anda masih nak berkira2 untuk belanjakan sebahagian duit untuk emas. Kenapa?? Sebab....

1) Anda  keluar duit beli emas, tak bermakna duit anda habis ye, tapi sebenarnya anda dah simpan duit tu..cuma simpan dalam bentuk emas, wlwpun sekadar cincin, loket @ gelang tangan ia tetap bernilai. Kalau anda nak guna duit..anda boleh je pajakkan emas di Arrahnu atau pun jual je dekat org yg beli emas terpakai @ kedai emas dah boleh dpt cash wlwpun emas tu lama, rosak, putus. Cuba anda belanja duit beli I-pad ke, handbag beribu riban..bukan boleh senang2 nak tolak cam emas kan.

2) Mmg emas sinonim dgn pompuan, tapi sekarang dah ada macam2 emas yg boleh dijadikan sbg alat untuk pelaburan dan simpanan aset. Pilih je mana nak..goldbar,dinar, emas 999, barang kemas? Kalau pun dah ada satu set dari rantai leher sampai rantai kaki...beli la utk aset dan pelaburan masa depan. Anda boleh guna satu masa..mungkin nak beli tanah, pergi haji , pendidikan @ nak kenduri kawin ke..kan?

Kesimpulan
So anda semua yg dok berkira2 dan berpikir2 nak beli ke tak nak...beli je..tak rugi pun beli emas sama juga mcm simpan duit anda balik kan. Harga pun makin lama makin naik. So bapak2 kalau ibu2 nak gelang mas...beli kan je.. Pikir2 lama2 pun harga makin lama bukan makin turun.. duitnye..cenggitu jugak kan..baik habiskan beli bende yg bermanafaat utk masa depan. Beli sikit2, lama2 jd bukit! Okey..renung2kan..selamat membeli ;-)

APA ITU KOS UPAH?


Biasanya emas dijual berdasarkan harga semasa pasaran segram. (Coth emas 916~ RM185/gram). Harga itu hanyalah harga emas sahaja,belum dikira bersama kos upah. Kos  upah ini merupakan kos upah tukang emas yang telah menukang, memproses dan merekabentuk emas tersebut. So kos upah tu adalah bayaran buat susah payah tukang emas tersebut.


Sebenarnya penjual @ peniaga emas, hanyalah membeli emas yang blm diproses, dipanggil nuget emas. Biasanya dibeli dalam kuantiti yang byk. Kemudian nuget-nuget emas ini akan diproses oleh tukang emas menjadi pelbagai bentuk emas yang boleh dipakai seperti rantai tangan, rantai leher, cincin dan sebagainya.


PERUMPAMAAN SEPERTI SEPASANG BAJU

Alaa..perumpamaan seperti sepasang baju lah. Contohnya anda membeli 4 meter kain dari kedai kain @ pusat textile dgn harga RM 15/meter. Tapi untuk memboleh kan kain yang anda beli tu digunapakai, maka anda kena lah upah tukang jahit untuk jahit baju anda. So tukang jahit akan mengira upah menggunting, mencantum dan lain2 untuk baju yang anda inginkan. Dan upahnya juga berbeza mengikut fesyen yang anda inginkan. Kalau baju kurung mungkin upahnya RM30 shj, Kebaya mungkin RM 50, Kalu nak bermanik @ labuci, mungkin cecah ratus juga.

Begitulah juga perihalnya dgn emas, RM185 tu harga emas segram. Tapi untuk membolehkan emas tersebut dipakai menjadi gelang, cincin rantai leher dan sebagainya, peniaga emas perlu lah mengupah tukang emas. Dan kos upah juga bergantung pada rekabentuk emas tersebut. Kalau fesyen yang biasa2 je mcm Fesyen Tali mesin, gajah licin, kikir pasir..kosnya mmg murah. Tapi kalau fesyen yang moden2, ada krom dan sebagainya, maka upahnya pun mahal lah juga.

KOS UPAH MURAH VS KOS UPAH MAHAL
Murah atau mahal kos upah bergantung juga pada design sesuatu barang. Sekiranya design yang biasa-biasa, maka upahnya juga biasa-biasa. Biasanya design yang ada krom agak mahal sedikit berbanding yang tiada krom. Ada juga design yang sama, tapi upah berbeza, kerana ini bergantung juga kepada tukang emas. Sama juga seperti tukang jahit, ada yang letak upah mahal, ada yang letak upah murah, mungkin bergantung pada tempat atau sememangnya tukang tu tinggi upahnya. Contoh, kalau tukang jahit ternama..dah tentu mahal upahnya, tukang jahit biasa2, biasa lah upahnya. Samalah juga macam tukang emas. So dalam hal ni, pandai-pandai lah anda buat pilihan.

KESIMPULAN

Okey..harap anda faham mengapa kalau kita beli emas tu, mesti ada tambah kos upah. Kos upah untuk bayar TUKANG EMAS tau :). Walaubagaimanapun ada juga emas yang takde kos upah, Contohnya macam Goldbar, Dinar @ rantai leher @ rantai tangan yang dibuat khas mmg untuk pelaburan. Contohnya macam Rantai tangan saya, emas 999, saya beli mmg takde kos upah. nak pakai pun boleh utk invest pun boleh. Tapi yang ni biasanya saya gunakan untuk dipajak untuk dapatkan modal. Tapi hanya jika anda beli dari dealer2 seperti Sri Ayu, Puclic Gold, GCP..yang memang mengeluarkan emas khas untuk tujuan pelaburan. Kalu goldbar @ rantai 999 kat WAH CHAN anda tetap dikenakan kos upah(POH KONG, TOMEI dll saya kurang pasti.Sila cek kat outlet dorang). Goldbar WAH CHAN yang 20grm kebawah..dikenakan kos upah juga. Bagi saya, saya tak peduli kalu saya beli dari tukang yang tak ternama pun, sebab sekiranya saya nak jual @ trade in dgn emas baru di masa akan datang, yang dikira hanya lah nilai emas sahaja, kos upah sewaktu beli emas dah tak kira lagi. Jadi pandai2 lah anda fikir sebelum membeli.

TIPS MEMBELI EMAS


Tips yang  dimaksudkan disini ialah cara-cara yang betul membeli emas di kedai emas,tak kira la sama ada kedai cina atau kedai melayu dan india. ramai yang tak ambil kisah sebenarnya tentang cara-cara yang betul membeli emas. Diantara Tips-tips tersebut adalah:




Tip1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.


  • Tip2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
    Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dsb. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.

    Tip3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
    Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.

    Tip4: Simpan resit belian
    Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.
    Tip5: Jangan beli emas putih
    Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.

    Tip6: Survey kos upah paling rendah. 
    Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.

    Tip7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM(Persatuan Pekedai Emas).
    Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my

    Tip8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
    Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% - 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.
    Mudah-mudahan, tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam minum air, insyaAllah.
  • Wednesday, January 9, 2013

    TIPS UNTUK MENGESAN EMAS PALSU


    Di sini saya ingin share beberapa tips kepada anda berkenaan bagaimana untuk mengesan emas palsu atau tidak. Caranya sangat simple dan anda boleh lakukan sendiri di rumah.

    Kenapa anda perlu tahu?
    1.   Menjual atau menggadai emas palsu merupakan satu kesalahan dan anda boleh didakwa
    2.   Menipu pembeli adalah berdosa

    Okey, tips yg mudah untuk mereka yg ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa.
    1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu.
    2. Dengan lembut, cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.
    3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yg tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic. Tips ini sesuai untuk emas yg besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda lihat barang kemas tersebut melekat pada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.
    4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yg boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut. Ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yg banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan sahaja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)
    5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasaanya setiap emas akan ditanda kualitinya seperti 916, 750 atau apa saja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina ada beberapa gambarajah seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 atau emas lama.
    6. Jika ada tanda seperti GP(Gold Platted), atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup. Lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. 
    7. Jika anda tidak sayng barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yg terhasil. Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.
    8. Ada juga barang kemas palsu yg terbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu bawa sendiri emas anda dan berjumpa dengan mereka yg lebih arif.
    9. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jeans yg anda pakai (dockers pun boleh) sehingga panas dan cuba bau. Jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi,bau ikan). 
    10. Jika ia jongkong yg ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang kerana kebiasaanya jongkong palsu tidak mempunyai berat yg tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yg lain. Emas adalah logam yg paling padu, maka tiada logam lain yg mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yg sama.
    11. Jika anda menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya. Ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut. Anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta (tapi kami tidak akan bertanggungjawab jika gigi anda patah ye..hehehe)
    12. Bagi mereka yg bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen.
    .

    EMAS..KEHENDAK ATAU KEPERLUAN??


    Mesti ramai yang masih tertanya-tanya adakah perlu untuk anda membeli emas..Kalau beli nak buat apa dengannya..Betul x? Artikel kali ini akan membantu anda meningkatkan kefahaman dan sedar tentang betapa pentingnya emas..

    Empat kategori utama Pembeli Emas adalah :

    1. UNTUK TUJUAN SIMPANAN

    - Contoh terbaik untuk membantu anda tentang kepentingan emas adalah memberi perbandingan antara ASB & Tabung Haji dengan simpanan emas fizikal.
    - Kenapa anda mahu simpan dalam ASB?Sebabnya nak memaksimakan simpanan wang kita kan? Kenapa nak simpan dalam tabung haji??Sebabnya nak buat simpanan untuk pergi menunaikan fardhu haji.
    - Tahukah anda dengan menukarkan wang kertas anda ke dalam bentuk emas ada dua senario akan terjadi:
    a. Simpanan dalam bentuk emas fizikal lebih menguntungkan. Mengikut perkiraan sekurang-kurangnya 3 kali ganda lebih menguntungkan dari ASB. Anda tak percaya?? Try klik artikel ni.. Emas Vs ASB
    b. Simpanan untuk menunaikan fardhu haji akan mencukupi dengan lebih cepat. Mengikut perhitungan yang dibuat, kalau anda simpan 80 gram emas sekarang, InsyaAllah anda akan dapat pergi menunaikan haji dalam tempoh 3 tahun lagi..
    • Katakan anda ada anak berusia 1 tahun dan nak buat tabungan menggunakan cash RM3,500 bagi tujuan pelajarannya untuk masuk universiti 17 tahun kemudian. Anda rasa cukup ke cash RM3,500 + (dividen selepas 17 tahun) bagi tujuan tersebut.
    • Bagaimana pula jika anda menukarkan RM3,500 itu ke dalam bentuk emas (sekarang dapat la lepas emas 20gram), rasa-rasanya dalam tempoh 17 tahun akan datang berapa nilai emas tersebut? Cukup ke tak? Tepuk dada anda sambil mengelamun jap..hehehe..
    2. UNTUK TUJUAN "WEALTH PROTECTION"
    - Janganlah anda tersilap fikir jika anda menyimpan wang dalam simpanan bank, wang anda akan selamat. Walaupun anda menyimpan wang anda menggunakan 20 lapis peti besi sekalipun, wang anda still dapat dicuri. Nama pencuri adalah INFLASI!!
    a. Untuk pembeli emas kategori ini, mereka tidak peduli tentang berapa percent/peratus kenaikan harga emas setiap tahun. Yang paling penting bagi mereka adalah kekayaan mereka  tidak susut atau berkurangan disebabkan oleh kenaikan inflasi.
    b. Kenapa pengetahuan INFLASI ini penting??Ok...disini kami bagi contoh terbaik..Harga minyak! Harga Gula! Tarif Elektrik! Semua harga barangan semakin naik mengakibatkan kuasa beli kita semakin susut. 40 tahun yang lepas harga nasi lemak RM0.05 sen tapi sekarang??Dah RM2.00. Adakah saiz telur, kuantiti nasi lemak dan sambal semakin banyak??Rasanya tidak, malah makin ciput jer..Tak berbaloi dengan harga..Betul tak?

    3. UNTUK TUJUAN PELABURAN
    - Di Malaysia, apakah pelaburan yang guaranteed @ memberi jaminan keuntungan lebih daripada 15% setiap tahun? Jawapannya TIADA. Kalau ada pun dah berapa puluh tahun ia beroperasi? Starting je gempak, after a few years performance biasa-biasa je because its still in form of paper money, right?
    - 'Saya nak jadi Fund Manager dalam pelaburan yang saya sendiri lakukan!!' Maksudnya, segala keuntungan bila nak withdraw untuk keuntungan dan semuanya anda sendiri yang control. Semuanya ditentukan oleh anda sendiri dan bukannya 'Fund Manager'.

    - Mesti anda mahukan pelaburan yang anda buat adalah dalam pengetahuan anda (turun naik harga emas), tempoh nak menyimpan ditentukan oleh anda sendiri, berapa percent keuntungan yang anda akan dapat. Bukannya mengharapkan orang lain yang pegang wang anda yang belum tentu click nya membawa keuntungan. Kalau untung ok, kalau rugi? Anda yang akan berputih mata..
    - Contoh terbaik adalah kejadian tsunami di Jepun pada Mac tahun lepas.Ramai orang yang mempunyai saham mengalami kerugian teruk! Tapi bila anda membuat pelaburan dalam emas, walaupun ekonomi merudum teruk emas fizikal masih berada dalam keadaan yang selamat. Lagi 1, pernah ke anda dengar yang tauke emas bankrup??

    4. UNTUK MEMAKSIMAKAN ASET
    - Emas adalah satu-satunya aset yang paling mudah dicairkan ke dalam bentuk wang ringgit berbanding dengan aset lain seperti rumah, tanah, bon dan sebagainya.
    - Anda try pergi Bank Islam bawa jongkong emas tak sampai 15minit. anda dapat menggunakan Ar-Rahnu untuk menukarkan emas tadi ke dalam bentuk wang ringgit (Pajak Gadai)
    - Kalau aset lain, at least akan memakan masa berapa lama ye? Seminggu, 2-3 minggu?
    - Contoh terbaik adalah perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri..Tak semua orang dapat bonus sempena Hari Raya kan?Ada yang terpaksa mengorek simpanan mereka untuk membeli keperluan hari raya ini malah ada yang terpaksa berhutang. Tahukah anda, jika ada emas di tangan..anda akan dapat solve this problem!! Tambah-tambah kalau mengikut tradisi emas..harga emas tinggi pada bulan puasa dan Hari Raya..
    - Katakanlah anda memerlukan RM5,000 setiap tahun untuk tujuan sambutan perayaan (baju raya 1 family, kuih muih, daging, ayam, satay, kek lapis serawak, langsir dan lain-lain lagi..) tak habis list..Masalah ini akan selesai kalau anda ada emas seberat 50 gram atau 20gram (ikut kesesuaian bajet anda), pergi Bank Islam dan buat pajakan maksima sebanyak RM150,00.00 seorang.
    - Settle perbelanjaan raya anda.. Emas 50 gram dalam pajakan tu nak settle camne? Disini anda ada masa selama 12 bulan untuk tebus balik emas tersebut (perlu dalam 1.33% sebulan).Rugi ke tak?errmm...mana ada rugi..Dalam tempoh tersebut harga emas itu turut mengalami KENAIKAN & selepas tebus balik dapat lagi digunakan untuk perayaan tahun seterusnya dan seterusnya...

    Best kan emas??So, anda di dalam kategori yang mana satu??

    Monday, January 7, 2013

    EMAS 999 YANG SESUAI UNTUK DIJADIKAN PELABURAN

    BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA


    BERAT 50.39g  PANJANG 18.5cm



    BERAT 10.64g  PANJANG 17cm



    BERAT 10.44g  PANJANG 17cm



    BERAT 10.22g  PANJANG 17cm

     Nantikan kemunculan produk-produk lain dengan rekabentuk yang lain tidak lama lagi...TUNGGU..


    MENGAPA PERLU SIMPAN EMAS


    1.Nilai wang semakin jatuh
    Wang mengalami susut nilai,amat rugi jika simpan wang kertas ditambah pula dengan inflasi.Semakin lama semakin banyak wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?sudah tentulah tidak.Tetapi jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak.inilah contoh paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)
    2.Pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang amat selamat..simpan di ASB  dpt 8% dividen.Dan kenaikan hrga emas adalah sebanyak 20%-36% setahun..
    3.Emas adalah aset yg mudah cair
    Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampun tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat
    4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
    Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.
    5.Pelindung kekayaan
    Emas bernilai untuk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yang baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.
    6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan
    Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.


    PROMOSI JUALAN PEMBUKAAN



    EMAS 999
    KOLEKSI RANTAI TANGAN PASIR

    Berminat boleh hubungi saya. Dapatkan harga emas berpatutan dengan tanpa kos upah.
    Assalamualaikum buat semua yang menjengah ke blog ini...terima kasih terlebih dahulu atas kesudian tuan-puan untuk bertandang.

    Buat masa ini masih dalam proses mengambil gambar2 barangan emas untuk dimasukkan ke dalam blog ini..diharap dapat bersabar..kami akan beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi..sama2 doakan agar berjalan lancar..

    Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin meng"order" sebarang barangan boleh la menulis di ruangan comments...jazakumullahu khairan kathira 

    Friday, January 4, 2013

    TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN EMAS


    Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.
    Perniagaan emas.
    Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…
    Sekarang cuba bayangkan… Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.
    Best tak?
    Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan. Ini kerana:
    1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….
    2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.
    3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.
    4. Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.
    Tips perniagaan emas yang berjaya:
    Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:
    1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.
    2. Anda mempunyai pembeli yang baik
    3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
    4. Sifat amanah dan boleh dipercayai
    5. Banyak ilmu berkenaan emas.

    Ok, mari saya huraikan satu persatu:
    1. Pembekal yang baik.
    1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.
    2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..
    3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun. Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.
    4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.
    2. Pembeli yang baik.
    Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.
    1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas. Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram (baca sini)
    2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.
    (p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas pada satu harga yang dipersetujui bersama).
    Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…
    3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
    1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga tinggi. Anda menggandakan keuntungan.
    2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.
    3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.
    4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.
    1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting. Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.
    2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah, just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.
    3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.
    Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..
    5. Banyak ilmu tentang emas.
    1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,
    maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.
    2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.
    3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
    4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas
    5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.
    6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.

    Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah

    Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja,kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benarbenar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS!(bukannya besi!). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi..
    “Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”
    Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “cost averaging”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas. Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800.  Anda pun membelinya satu lagi. Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula  melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikan pelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan. Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli  kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga”  benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikit dahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar..
    “Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk membeli emas lagi?”
    Ada 2 pilihan disini!..
    Pertama, anda boleh pajak emas yang anda sedia ada itu, kemudian, wang hasil pajakan itu anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15% dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.
    Pilihan Kedua, rileks saja jangan takut emas akan naik kerana pningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1 hingga 2  bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.

    ANALISIS HARGA EMAS 2013


    Tahun 2012 adalah harga emas yang direkotkan terlalu lemah dalam sejarah kenaikan harga emas, tidak ketinggalan juga ramai orang yang rugi pada tahun 2012,ditambah lagi dengan isu semasa dimana dikuatkuasa undang-undang kepada syarikat-syarikat tertentu yang menjual emas secara memanipulasikanya.
    Baru-baru ini dikejutkan berita tentang emas syarikat Geneva yang diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tentang salah guna penjualan emas,yang dikatakan menyalahi undang-undang Amla & Bavia yang telah ditetapkan oleh Bank Negara. Kejadian itu ramai pelabur-pelabur mereka yang berputih mata,kerugian mereka dianggarkan mencecah jutaan ringgit.
    Expectations Mixed On Whether Gold To Hit $2,000 (Jangkaan harga emas 2013 mencecah $2000)

    Penganalisi Kitco menulis kenyataan dalam kitco News bahwa harga emas boleh mencecah sehingga $2000 pada tahun depan 2013. kenaikan tersebut dinyatakan dengan yakinya adalah “pasti” cuma anggaran yang tepat tidak dinyatakan. Mengikut pergerakan pada tahun ini 2012 adalah sangat lemah bermula dari awal tahun,harga yang didapati dipenghujung tahun ternyata melarat sehingga $1653.10 daripada kenaikan $1920.30 yang pernah direkotkan dalam sejarah kenaikan harga emas.
    “We are confident that the gold price will achieve–and indeed exceed, at least temporarily–the $2,000-per-troy-ounce mark next year,” said Commerzbank. “The key price drivers are the central banks with their ultra-loose monetary policy, which undermines the value of currencies. The debt crisis in the eurozone and the geopolitical risks in the Middle East are also likely to ensure latent demand for gold as a safe haven.”
    Kenyataan yang dikeluarkan oleh “Commerzbank” dia terlalu yakin dengan hujahnya,menurutnya permintaan Loga Emas pada tahun depan meningkat ini adalah penyebab utama kanaikan harga emas, Krisis ekonomi dianggarkan melarat sehingga satu penyelesaian yang drastik diantara dua belah negara yang berperang.
    Apa akan terjadi di Malaysia sekiranya harga emas boleh mencecah sehingga $2000? ini adalah satu fenomina yang baru, mungkin makin ramai pembeli yang tersenyum semula,bahkan mereka tidak takut untuk menambahkan stok mereka. Percubaan pada tahun ini mereka gagal dalam keuntungan,bahkan ramai yang mengeluarkan wang masing2 untuk memaximumkan kerugian.
    untuk info lanjut tentang harga emas 2013 boleh layari:http://www.kitco.com/reports/KitcoNews20121221AL_2013outlook%20lead.html

    Thursday, January 3, 2013

    Zakat Emas dan Perak


    Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.
    Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.
    DALIL WAJIB ZAKAT
    Firman Allah s.w.t:
    “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu”
    (Surah At-Taubah: 34-35)
    Sabda Rasulullah s.a.w:
    “Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
    (Hadis riwayat Abu Hurairah)
    ——————————————————————————–
    KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK
    Emas Perhiasan Wanita
    Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    Contoh:
    (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
    900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125
    Emas Yang Disimpan
    Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    Contoh:
    Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
    90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112
    Perak
    Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    Contoh:
    800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18
    Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
    Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
    Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
    Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
    Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu
    jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah
    a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
    b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
    c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
    d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
    e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
    f) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
    g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
    “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
    h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
    i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
    j) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
    k) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
    l) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
    m) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
    n) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
    o) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
    p) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
    q) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
    r) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
    s) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
    t) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
    u) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
    v) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
    w) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
    x) Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
    y) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
    z) Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
    aa) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
    bb) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
    cc) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
    dd) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
    ee) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. maka kahwinlah cepat… :)