Monday, January 7, 2013



PROMOSI JUALAN PEMBUKAAN



EMAS 999
KOLEKSI RANTAI TANGAN PASIR

Berminat boleh hubungi saya. Dapatkan harga emas berpatutan dengan tanpa kos upah.
Assalamualaikum buat semua yang menjengah ke blog ini...terima kasih terlebih dahulu atas kesudian tuan-puan untuk bertandang.

Buat masa ini masih dalam proses mengambil gambar2 barangan emas untuk dimasukkan ke dalam blog ini..diharap dapat bersabar..kami akan beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi..sama2 doakan agar berjalan lancar..

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin meng"order" sebarang barangan boleh la menulis di ruangan comments...jazakumullahu khairan kathira 

Friday, January 4, 2013

TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN EMAS


Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.
Perniagaan emas.
Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…
Sekarang cuba bayangkan… Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.
Best tak?
Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan. Ini kerana:
1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….
2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.
3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.
4. Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.
Tips perniagaan emas yang berjaya:
Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:
1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.
2. Anda mempunyai pembeli yang baik
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai
5. Banyak ilmu berkenaan emas.

Ok, mari saya huraikan satu persatu:
1. Pembekal yang baik.
1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.
2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..
3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun. Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.
4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.
2. Pembeli yang baik.
Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.
1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas. Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram (baca sini)
2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.
(p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas pada satu harga yang dipersetujui bersama).
Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga tinggi. Anda menggandakan keuntungan.
2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.
3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.
1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting. Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.
2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah, just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.
3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.
Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..
5. Banyak ilmu tentang emas.
1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,
maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.
2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.
3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas
5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.
6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.

Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah

Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja,kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benarbenar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS!(bukannya besi!). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi..
“Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”
Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “cost averaging”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas. Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800.  Anda pun membelinya satu lagi. Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula  melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikan pelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan. Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli  kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga”  benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikit dahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar..
“Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk membeli emas lagi?”
Ada 2 pilihan disini!..
Pertama, anda boleh pajak emas yang anda sedia ada itu, kemudian, wang hasil pajakan itu anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15% dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.
Pilihan Kedua, rileks saja jangan takut emas akan naik kerana pningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1 hingga 2  bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.

ANALISIS HARGA EMAS 2013


Tahun 2012 adalah harga emas yang direkotkan terlalu lemah dalam sejarah kenaikan harga emas, tidak ketinggalan juga ramai orang yang rugi pada tahun 2012,ditambah lagi dengan isu semasa dimana dikuatkuasa undang-undang kepada syarikat-syarikat tertentu yang menjual emas secara memanipulasikanya.
Baru-baru ini dikejutkan berita tentang emas syarikat Geneva yang diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tentang salah guna penjualan emas,yang dikatakan menyalahi undang-undang Amla & Bavia yang telah ditetapkan oleh Bank Negara. Kejadian itu ramai pelabur-pelabur mereka yang berputih mata,kerugian mereka dianggarkan mencecah jutaan ringgit.
Expectations Mixed On Whether Gold To Hit $2,000 (Jangkaan harga emas 2013 mencecah $2000)

Penganalisi Kitco menulis kenyataan dalam kitco News bahwa harga emas boleh mencecah sehingga $2000 pada tahun depan 2013. kenaikan tersebut dinyatakan dengan yakinya adalah “pasti” cuma anggaran yang tepat tidak dinyatakan. Mengikut pergerakan pada tahun ini 2012 adalah sangat lemah bermula dari awal tahun,harga yang didapati dipenghujung tahun ternyata melarat sehingga $1653.10 daripada kenaikan $1920.30 yang pernah direkotkan dalam sejarah kenaikan harga emas.
“We are confident that the gold price will achieve–and indeed exceed, at least temporarily–the $2,000-per-troy-ounce mark next year,” said Commerzbank. “The key price drivers are the central banks with their ultra-loose monetary policy, which undermines the value of currencies. The debt crisis in the eurozone and the geopolitical risks in the Middle East are also likely to ensure latent demand for gold as a safe haven.”
Kenyataan yang dikeluarkan oleh “Commerzbank” dia terlalu yakin dengan hujahnya,menurutnya permintaan Loga Emas pada tahun depan meningkat ini adalah penyebab utama kanaikan harga emas, Krisis ekonomi dianggarkan melarat sehingga satu penyelesaian yang drastik diantara dua belah negara yang berperang.
Apa akan terjadi di Malaysia sekiranya harga emas boleh mencecah sehingga $2000? ini adalah satu fenomina yang baru, mungkin makin ramai pembeli yang tersenyum semula,bahkan mereka tidak takut untuk menambahkan stok mereka. Percubaan pada tahun ini mereka gagal dalam keuntungan,bahkan ramai yang mengeluarkan wang masing2 untuk memaximumkan kerugian.
untuk info lanjut tentang harga emas 2013 boleh layari:http://www.kitco.com/reports/KitcoNews20121221AL_2013outlook%20lead.html

Thursday, January 3, 2013

Zakat Emas dan Perak


Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.
Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.
DALIL WAJIB ZAKAT
Firman Allah s.w.t:
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu”
(Surah At-Taubah: 34-35)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
——————————————————————————–
KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK
Emas Perhiasan Wanita
Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
Contoh:
(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125
Emas Yang Disimpan
Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
Contoh:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112
Perak
Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
Contoh:
800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu”
jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah
a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
f) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
j) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
k) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
l) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
m) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
n) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
o) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
p) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
q) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
r) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
s) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
t) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
u) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
v) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
w) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
x) Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
y) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
z) Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
aa) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
bb) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
cc) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
dd) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
ee) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. maka kahwinlah cepat… :)